MOHD RIDZUAN B MD.HASSAN

Selamat datang ke blog saya

Monday, March 8, 2010

MENDAWAI & MEMASANG SUIS 1 HALA


Pelajar kelas 4 JEE 1 Sek Men Vokasional Balik Pulau membuat kompetensi KMAEE 01 mendawai dan memasang suis 1 hala. Alhamdulillah pelajar dapat fahami apa yang di ajar dan di terangkan. Bagi segelintir pelajar dapat membuat pendawaian yang amat kemas. Tahniah diucapkan...

Monday, March 1, 2010

NOTA-NOTA PENTING PENCAHAYAAAN

APA YG PERLU ANDA KETAHUI

Faktor-faktor berikut perlu diambil kira sewaktu menentukan banyaknya cahaya yang diperlukan oleh sesuatu tempat.
(a) Jenis Lampu dan pemantulan
(b) Sudut pemasangan lampu
(c) Kedudukan lampu – jauh / dekat
(d) Warna / cat – Lantai, dinding, siling

Diantara faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa membuat pemilihan jenis lampu, ialah:
-Kemujaraban FlukS
-cahaya Warna Lampu
-Haba Lampu
-Kos penggunaan elektrik.
-Saiz Lampu
-Hayat Lampu
-Kesan Getaran

KELEBIHAN LAMPU PENDAFLOUR
-Kecekapan tinggi
-Cahaya penyinaran Sejuk
-Kurang silauan
-Tahan lebih lama (usia panjang )
-Dapat memberi
-banyak warna

KELEMAHAN
-Kos permulaan – mahal
-Menghasilkan kelip- padam
-Cahayanya dipengaruhi
-suhu sekeliling
-Banyak gangguan / jenis kerosakkan
-Menyebabkan faktor
-kuasa rendah.

Friday, February 5, 2010

NOTA PENCAHAYAAN

Di sini di sertakan litar lampu pendaflour tiub tunggal untuk kompetensi MPAEE 01. Diharap para pelajar dapat kompetensi dgn jayanya. Mungkin para pelajar blh katakan ia mudah. Tapi ingat ada 10 modul lagi. Untuk Modul ini terdapat 3 kompetensi. Diharap para pelajar dapat mengikuti siri-siri yang akan datang. TQ
Terdapat 2 lagi kompetensi adalah:
  1. Sambungan litar lampu pendaflour berkembar
  2. Sambungan litar lampu wap sodium

Tuesday, February 2, 2010

Tak sabar nak pindah



Rumah aku dh hampir siap. Terletak di Taman Angsana Pokok sena.... So blh la tukar ke SMT Jln Stadium. Macammana pun aku akan berusaha untuk tukar. Dh lama berada di SMT Balik Pulau. Rasa dh byk perubahan yg telah aku buat. Ada yg sokong ada jg yang bantah. Adat kerja la tuu. Tp sesungguhnya aku terpaksa pindah untuk rasa haluan baru pulak. Semestinya aku amat menyangai SMT Balik Pulau. Dh macam2 dugaan di terima, Allah saja yang tahu. Demi mendidik anak bangsaku ini.

Sunday, January 17, 2010

Pendaftaran pelajar baru tingkatan 4

Selamat datang kepada pelajar baru tingkatan 4 ke Sek Men Vokasional Balik Pulau tahun 2010
semoga kehadiran anda semua akan menaikkan lagi nama SMVBP. Ahlanwasahlan.....
Tanakan semangat ingin belajar. Belajar bersungguh-sungguh.

Thursday, January 7, 2010

Perlaksanaan 5S di sekolah


Merupakan 1 cadangan yang amat baik bagi untuk memastikan bengkel berada di dalam keadaan paling kemas dan tersusun. 5S telah dilakukan sewaktu saya bekerja dikilang suzuki pada tahun 1997. Dengan ini akan mewujudkan pembelajaran yang amat berkesan kepada pelajar. Pelajar akan dapat gunakan pengalaman di bengkel sekolah ketika hendak memulakan perniagaan kelak

Wednesday, January 6, 2010

Perubahan nama SMT ke SMV

Perubahan nama SMT Balik Pulau ke SMV Balik Pulau menandakan satu perubahan untuk menaik taraf pendidikan vokasional di Malaysia. Dengan itu boleh melahirkan pelajar yang mahir di dalam kemahiran/skill